Sunday, December 12, 2010

Lagu Yg Sangat Memberikan Kekuatan Dan Inspirasi...

Tahun Lama vs Tahun Baru....

Ye.... x lama lg thn baru akn menjelma.. meninggalkan thn lama yg menyimpan sejuta kenangan pahit dn manis brsma....mengimbas semula prjalanan hdup spnjang thn kadng kala membuatkn kita menangis dan trsenyum sndri...
thn ini merupakan thn yg penuh dgn airmata... kekecewaan.... kesakitan... thn ini juga merupakan tahun yg penuh dgn keazaman... kekuatan dan keberanian...
entah la... hidup ni byk btul cabaran... mmg hidup x seindah biasa(bak kata Dato' Siti)
Apa2 pn,semoga hidup kita pd thn ini mahupn pd thn yg akn dtg akn dipenuhi dgn limpahan nikmat dan rahmatnye.... amin... Welcome New Year! :))

Wednesday, September 22, 2010

Cerita Sebuah Sepi....

Assalammualaikum semua! Fuh! lama btul x update blog ni. Hampir tiga bulan rasanya. Byak jgk yg sy nk share tpi post kli ni sy nk share tntg cerita SEPI. Alah.. cerita filem sepi tu la.. hehehe.. Well.. setelah hampir 3 kali menengok citer yg penuh kesedihan ni... maka trgeraklah hati utuk menulis mengenainya.. pastinya da yg tau d lam filem ni mengisahkn tntg 3 cerita cinta yg agk sadis dan menyentu perasaan.. Lets start with kisah prtama:

mengisahkan tentang kehidupan seorang pemilik restoren dan bakery yg agk sukses di Kuala Lumpur.. Dia ada segala2nya.. keluarga yg bhgia.. kerjaya yg mantap dan menjalani hari2nya dengan penuh kecerian brsama teman2... tapi,dia masih berasa sepi.. sepi kerana masih blum ada cinta yg mengisi kekosongan hatinya.. walaupn ada gadis yg ingin mendampingi n menyayginya,namun,dia masih juga berasa kosong dan kesepian sehinggalah takdir menemukan dia dengan seorang wanita yg brjaya membuka pintu hatinya yg dipenuhi rasa kesepian.Malangnya,setelah perasaan kasih tlah disemai,wanita itu memberitahu bahawa dia adalah kepunyaan org lain dan lelaki trsebut mengambil keputusan untuk memilih wanita yg ingin mendampinginya suatu masa dahulu dengan alasan bahawa hanya wanita itu yg trlalu menyaygi dirinya... dia membuang jauh perasaan kecewa yg ada dan cuba menaruh harapan pd perasaan yg baru walaupn dia tau perasaannya itu salah.. lelaki trsebut hanya ingin menerima cinta wanita yg menayginya tnpa dia sedar bahawa dia tidak mempunyai perasaan syg trhadap wanita itu... Wajarkah jadinya?? Ingin menerima cinta tetapi tidak mahu memberi cinta??

Okey! next story!

Mengisahkan tentang seorang pemilik kilang kasut yg berjaya. memiliki isteri yg baik dan ank yg comel. malangnya... tragedi memisahkan mereka... si suami kehilangan si isteri dalam kemalangan yg ckup mengerikan dan mengorbankan nyawa isteri yg disyginya sebelum mereka sempat bercuti bersama kerana sebelum ini si suami selalu kesuntukkan masa.. trkilan kerana x sempat membawa isterinya brcuti,lelaki ini cuba melupakan kejadian sadis yg menimpa dirinya dengan brlari2 setiap hari di sebuah taman. Dia melakukn demikia utk menghilangkan kesepian hatinya akibat dr kematian isteri yg disygi lalu dia trjumpa dgn seorang wanita yg juga isteri kepada seseorang. mereka kerap brjumpa dan brkongsi cerita... akhirnya timbul perasaan cinta d hati mereka.. walaubagaimanapun,wanita itu masih menyaygi suaminya dan tidak mahu meninggalkn suaminya untuk mengejar sesuatu yg lama ditunggu di dalam perkahwinannya iaitu cahaya mata..

huwaa... ngantuk la plak.. nnt sy smbung lg la ye.. heheh.. tdo dlu. askm..

Monday, July 19, 2010

Hargailah Cinta Yang Ada.....

askm evrybody! agk lama tidak menulis. bkn xde idea tpi xde msa sbb bz dgn keje rmh n tido... hahaha.. well,let get it start! Selama saya x menulis ni,byk kejadian yg disangka n x d sangka2 berlaku.... juz want to share my feeling... minggu ni sy agk sedih sbb byk dgr berita tntg kematian.. yup! its all abt death... kematian memisahkn kasih syg... kematian jgk yg akan membuatkn kita menghargai org2 yg ada d skeliling kita. 2 hari lps,sy dpt berita tunang kakak kwn adik sy (jiran sy la ni) meninggal bln lalu sbb xcdent... stau sy dorng ni baru je brtunang... sedih kan dgr brita mcmni... org yg disygi prgi sblm sempat brkongsi hidup... kdg2 jdi orng yg kehilangan sesuatu yg d sygi dlm hidup ni ckup bruntung sbb dia akn tau menghargai sesuatu yg dipunyai.... x mcm org yg x prnh rasa kehilangan... x trasa sakit bla hilang sesuatu kerana ckup yakin setiap yg hilang tu akn brganti... xkn tau mcmne hendak menghargai sesuatu yg dpunyai sbb x prnh trpk apa yg dimiliki skg akn pergi meninggalknnya... bla dah hilang.. baru menangis trngongoi2 meratap khlngn... kwn2.. hdup ni singkat n klu boleh hrgailah semua prkra yg ade... smlm jgk sy dpt brita spupu rumate sy meninggal sbb denggi brdarah... sgt sedih sbb x d sangka2 spupu rumate sy dah meninggal... tuhan nk ambil nyawa kjp je... yg pasti... ALLAH sykn hamba yg dicabut awl nyawanya... sy harap,kwn2 bleh la ambil ia sbg peringatan.... sbg seorng pecinta yg setia..(cewah!) sy amt menghargai sgala cinta yg ada walaupn hnya sy yg menghrgainya.. dan pd sy,jika sesorg blum pandai menghrgai cinta maka dia tidak layak utk brcinta krna cinta itu adalah penghargaan... bkn hya skadar hbgn hati antara lelaki n wanita.. manusia akn belajar utk menghrgai dr cinta tpi manusia xkn pndai menghargai bila tiada penghargaan trhdp cinta... jadi.. cintai pasangan anda dan hargailah mereka sblm anda kehilangan mereka.... :))


p/s: Cinta Dan Anugerah ^_^

Tuesday, July 13, 2010

Warkah Untuk Kekasih....

Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta saya. Tapi pertama kali bertemu awak, hati saya terus terpaut... Demi tuhan, saya tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya..

Saya telah cuba menolak cinta awak, tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak, awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan, awak berjanji saya bukan salah seekor kupu-kupu perhiasan di dinding kamar awak....

Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak.... saya tak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak.. Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yg paling dalam... Lemas dan hampir tenggelam... dalam lautan kasih sayang, seribu impian, dan saya mula terpikir, saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak, rupanya awak ada di sisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu...

Bagai merpati putih cinta saya berkelana mencari singgahsana di hati awak... nyata saya tak temuinya..... Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya... awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yg tak mampu saya selam.... disana saya tak mampu melihat cahaya.. Awak beri saya harapan, dan akhirnya awak jugalah yg menyalakan api dan membakar saya dalam diam...

Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yg sebenarnya awak cari.... Tapi jauh disudut hati ini saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta dan mungkin tak akan pernah dewasa..... Atau mungkin juga.. awak belum pernah benar2 jatuh cinta pada seseorang... Jadi, selama ini siapa saya dihati awak...????

Adakah selama ini awak sebenarnya tidak pernah menyintai saya?

Siapa yg memujuk saya untuk membuka pintu hati?

Siapa yg mengajar saya,bahawa Cinta itu perlukan pengorbanan?

Siapa yg memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri??


awak.....

Awak mungkin jenis lelaki yg boleh menyintai ramai perempuan berkali-kali. Tapi saya pula seorang perempuan yg percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkhawinan....

Kita hidup sekali, mati sekali dan menyintai sekali.......

Membiarkn awak melangkah pergi meninggalkan saya, telah mengambil seluruh kekuatan yg saya ada. Jangan pernah anggap saya membenci awak walaupun payah untuk saya terima permintaan awak pada mulanya...

Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada disisi saya... setiap saat saya mengingati awak... seumur hidup ini saya mencintai awak...

Awak...

Sebelum saya menghilang dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya cintakan awak, inilah jawapan saya....

'Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberi suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meskipun waktu itu, saya akan bisu buat selamanya....'

'Dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya, Meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini...(awak tak pernah tahu).

Semuanya untuk awak, tapi satu jer.. yg tidak akan awak dapat dari saya sebelum awak menikahi saya....

Seseorang pernah berkata,

'If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place.....'

Awak.......

Kerana saya mencintai awaklah saya merelakan awak pergi, demi kebahagiaan awak.... saya berdoa supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yg awak cari.... Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti cinta yang sebenar... supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu mencintai seseorang.... dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.....

Awak.....

saya percaya pada tuhan yg mempertemukan kita, saya tahu ada hikmah disebalik semua ini.... dan saya tak akan menyoal... saya juga tak pernah kesal.... sekurang-kurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.

Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali pada saya.... itu bukan harapan saya... tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan tuhan... Dan kalaupun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yg terbaik...

Ikhlas:

Wanita Yang Selalu Menyayangimu Sepenuh Hati

Nobody's Perfect.... i Agreed!!!

sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd, OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...

Setelah dia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.



Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL...

Pintu Hati Seorang Wanita

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia mencari jawapan sambil membaca kitab suci Al-Quran untuk mencari jawapan mengapa wanita begitu mudah menangis?"



Akhirnya dia terjumpa ayat dari Al-Quran yg berbunyi:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"KECANTIKAN SEORANG WANITA HARUS DILIHAT DARI MATANYA KERANA ITULAH PINTU HATINYA, TEMPAT DIMANA CINTA ITU ADA."

p/s: lelaki yg membiarkan air mata wanita yg menyayginya gugur adalah lelaki yg rugi kerana titisan air mata itu laksana tasik yg melingkari hati wanita itu... semakin kerap ia menngis,semakin kering tasik hatinya.. dan apabila tasik itu telah kering, maka tiada lagi cinta di dalam hati wanitanya... jgn biarkn hati wanita yg menyaygi anda kekeringan... ;))

Wednesday, July 7, 2010

Dari Sinar Mata Wanita Itu....

Dari sinar mata wanita itu
Terlontar satu pandangan kosong..
Dari sinar mata wanita itu
Tiada lagi cahaya cinta..
Dari sinar mata wanita itu
Terlihat dia menanggung derita..
Dari sinar mata wanita itu
Terasa ada sesuatu yg menyiksa jiwanya..
Dari sinar mata wanita itu
Terpancar selangit harapan..
Dari sinar mata wanita itu
Terpalit sisa kekuatan...

Dari sinar mata wanita itu
Aku melihat kekecewaan..
Dari sinar mata wanita itu
Aku melihat penderitaan...
Penderitaan yg perlu ditanggung oleh wanita itu...
Kerana menjadi pencinta setia...
Sehingga sinar matanya yg dulu bercahaya umpama mentari kelam ibarat gerhana..

Namun,
Di sebalik sinar mata wanita itu,
Aku melihat dia punya harapan
Aku juga melihat dia memiliki kekuatan..
Kekuatan utuk meneruskan hidupnya tanpa cinta...
Dan harapan utuknya mencari cinta..
Tapi cinta itu hanya dari ALLAH yang Esa...




p/s: Wanita ini idola saya... pendorong saya utk mecapai sesuatu yg lebih baik dlm hidup.. tapi wanita ini x prnh tahu sy menyanjunginya... kerana wanita ini kini sy telah brjaya... terima kasih... andai dapat diungkapkn terus pd wanita ini,pastinya akn sy ucapkan... Dan andai saya diberi peluang utk membalas budi dan jasa wanita ini,akn saya lakukan... dan sekiranya diberi peluang... sy akn membahagiakn wanita ini kerana dia layak utuk dibahagiakn....

Tuesday, July 6, 2010

I am stronger!! (i hope so...) :'(

hari2 yg penuh dgn kesunyian dan kesedihan akn terus brlalu... bla agknye hari yg penuh dhn kegembiraan dan kesenangan akn menjelma??? Rsa bosan tahap maksima... memberi impak yg juga mencapai impak maksima! hehehe.... i need my sunny day again... cpt la masa brlalu...



p/s: kesunyian dan kesedihan ini boleh digantikn sementara dgn keseronokan MAKAN!!heheh...

Sunday, July 4, 2010

Bila Rindu...

Dikeheningan malam,
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata

Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.

Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila terjaga semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua

*ulang Korus

Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula

Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan doa-doa bekalan rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti impi-impiku.. fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi.....

p/s: ku berserah kepadamu Maha Esa....

Saturday, July 3, 2010

Andai ini takdirnya... aku pasrah....

Doa seorang hamba yg pasrah trhadap nsib yg menimpa dirinya.....

YA ALLAH... tuhan yg maha mendengar lagi maha mengasihani... hari ini aku telah diuji olehMU dgn ujian yg trlalu berat... trlalu berat rasanya utuk digalas oleh insan sekerdilku... terlalu sakit rasanya utk aku menanggungnya... berikanlah aku kekuatan YA ALLH....

YA ALLAH YA TUHANKU... jika ini ujian yg kau berikan kepadaku.. aku pasrah YA ALLAH... aku redha... aku yakin ada hikmah yg lebih baik menantiku.... aku akur pada ketentuanMU YA ALLAH...

YA ALLAH YA RABBI... satu2nya kekuatan dlm hidupku telah engkau ambil... satu2nya kelemahnku telah engkau hadapkn kepadaku... satu2nya harapan dan doa ku saban hari sdg kau uji.. maka YA ALLAH.... gantilah setiap kelemahan,harapn da doaku ini dgn kekutan utk menghadapinya... aku memohon kepadaMU YA ALLAH...

YA RABBI.... sesungguhnya hambaMU ini hanya ada MU untuk mengadu.... hnya ada MU utk menumpng kasih.... jadikn lah aku setabah Siti Khadijah atau Siti Aisyah di dalam melayari hidup... berikn lah ketenangan dan kesabaran kepadaku agar hidup ini dapat aku teruskn.... amin.. YA RABBAL ALAMIN....


p/s: ALLAH engkau dekat... penuh kasih syg.... :')

Pasrah.... Ceritera Cinta....

Ceh! bnyi mcm tajuk filem jek.. hehehe... mmg tjuk filem pn.. dlm filem tu menceritakn seorng kekasih yg curang pd kekasihnya yg sgt setia menanti selama 6 thn. sedih kan citer tu. bla tgk msti rsa sakit hati sgt2 kat lelaki tu. Ye.. kecurangan byk menjdi penyebab kepada perpisahan pasangan yg brcinta.. byk hati yg trluka kerana kecurangan yg brlaku. dan bla ianya brlaku,maka setiap pihak akn menunding jari antara satu sama lain.

Maka,msing2 akn brtnya kpd diri sndri apakah kesilapan yg dilakukn sehingga pasangan yg dahulunya sehati sejiwa bertukar menjadi musuh. Tiada jawapan yg utuh dpt diberikan kerana sewaktu brcinta segalanya indah belaka. Dan bila perpisahan trjadi,ketidaksempurnaan pasangan akn dijadikan alasan untuk meleraikan ikatan yg trjalin.

apabila perpisahan itu trjadi,di manakah letaknya harga cinta yg dahulunya trlalu brharga dr wang ringgit dan trlalu tinggi tarafnya dr segala taraf di muka bumi?? kemana?? ke mana perginya semua kenangan yg prnah trcipta? di mana nilai cinta itu dicampakkn?? tepuk dada tanyalah selera..

pelik rasanya apabila keiklasan dan ketulusan cinta itu dipermainkan.. di ambil dan dijaga selagi prlu dan dicampak dan dipersiakan apabila ianya tidak diperlukan. mengapa hal ini boleh trjadi sedangkn nilai cinta itu trlalu tinggi pada pasangan yg bercinta tetpi rendah nilainya pd pasangan yg brpisah. renung2kn lah...

Andai cinta itu seabadi seorang hamba kepada tuhannya,pastinya ramai org yg bahagia dan sentiasa menikmati cinta yg diberi.. pasti cinta itu tidak disia-siakn walaupn sedikit.. pasti tiada duka dr perpisahan yg trjadi.. dan pastinya cinta itu akan sntiasa dihargai dan dijaga seperti nyawa sndri....

oleh itu,sebelum kita memberikn cinta atau menerima cinta itu,pastikan kita sudah memberikn cinta kita kepada ALLAH S.W.T dan menerima cinta itu kerana ALLAH S.W.T... Kerana hnya DIA cinta abadi yg selamanya ada....



p/s: Tabahlah duhai hati.. yakinlah apa yg trjadi ini dugaan ALLAH utk hamba yg di sygiNYA...

Wednesday, June 30, 2010

Yang Teristimewa.....

Opps!! jgn salah sangka! yg tristimewa yg dimaksudkn bukan si dia. yg tristimewa itu ialah kwn2 baik sy yg sy ada dr dlu smpi skg... kwn2 yg x prnh tinggalkn sy wktu sy ssh atau menjauhkn diri drpd sy wktu sy memerlukan. kwn2 yg sgt setia n sgt memahami segala kesusahan yg sy alami. kwn2 yg byk mendoakn dan menyokong sy dr belakang. kwn2 yg x prnh menjatuhkn sy n kwn2 yg x prnh MEMILIH sesiapa pn utk brkwn wlaupn mereka sedar setiap kwn2 mereka mempunyai kelemahan... mereka ini juga x prnah jauh dr sy wlaupn jarak dan kesibukkan masa merenggangkan kami.. ini la yg saya katakan kwn yg tristimewa.... pengalaman persahabatan di maktab ckup mngajar sy apa itu erti prsahabatan... ckup menjadikn sy lbih brhati2 memilih kwn. Prsahabatan yg paling lama trjalin ialah selama 18 tahun... dan kwn sy itu ialah:

Nor Halifah Binti Ariffin



She is da best friend i have....


second Nurul Ain Kamar...




Dia yg paling gla2 di antara kwn2 sy yg lain...

3rd! Farini Hashim. ni kwn sy dr form 6 smpi skg.



Dia kwn yg paling rock n brutal tpi soft hearted... hehehe... jgn marah ea nanie...

4th,Jamilah BInti Harun. Anak pak harun ni agak sengal ckit brbanding yg lain. slalu jdi bahan klu saya kluar dgn dia. sabar je la mel.. da nasib ko mcmtu.. ehehe...



Kami sgt rapat n slalu hang out brsama...




5th! kwn baik sy kat mktb! satu2nya kwn yg ade wktu sy memerlukan dan dia lah satu2nya kwn yg sy suka tpi orng lain x suka ats sbb yg x munasabah. dialah kwn yg paling tua yg sy ade dan dia jugalah yg byk menyedarkan sy bhwa kwn itu bukan org yg membawa kita kepada kejayaan. dia bk kwn yg ego atau mementingkn diri sndri. dia byk menasihatkn sy tntg kehidupn.. brkongsi setiap kisah suka n duka kami brsama. sy kuat di mktb kerana dia dan kami menangis brsama2 bla ada masalah melanda...Dia x prnh menyusahkn sy n dia byk menolong sy ketika sy susah tnpa prlu menunjuk2 pd org yg dia slalu menolong sy.. Dia sgt istimewa buat sy. dialah Noraini Binti Raya (skg ni da jdi Mak Buyong!) hehehe...

The story of me begin....






@>----Assalammualaikum w.b.t ----<@

Finally!! I have my own blog!!!!!! yea!!!!! ^_^

Agak gembira la bila da establishkn blog sndiri.

okey! now its time for ice breaking.
My name is NOR AISHAH BINTI SAHAROM.

Juz call me Sha or klu nk formal ckit Cikgu Aishah.

Yup! sy seorng Cikgu!!!!! hehehe.... berasal dr Melaka Bandaraya Warisan Dunia! (very proud of it!). Sy anak sulung dr 5 org adik bradik! dtg dr keluarga yg sederhana tetapi penuh dgn kasih syg.... ^_^ i love my family so much!!! i am single but not available. (belong to Mr. A. hehe...)

Prinsip hdup sy sungguh simple. " life is like a boom-a-rang,the more good u throw out,the more u receive in return.." . Sy x suka sshkn org n sy x suka org ssh kerana sy. i am so independent,very open mainded n very understanding yet a very good listener n secret keeper! i am not a hypocrite person n hate hypocrite teller!! so be urself n enjoy ur life like u havent enjoy it before! that's it! nothing much to say 4 diz time.

okey! diz is me!! a very childish version of me.. hehe.. mklum la .. ckgu tabika..



n diz is my really happy family!!!


n my very2 big family!!!!

p/s: love em' all... ^_^





okey! enough for today! pasni sy akn citerkn ape yg sy telah alami sepnjang hdup sy. stay tuned!! n watch out!! papye!!